Rebut Peluang..

Monday, May 4, 2009

Pengenalan HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang .

No comments:

Post a Comment