Rebut Peluang..

Tuesday, May 12, 2009

Herba Tuju Angin

Produk ini dihasilkan daripada herba yang mujarab untuk mengatasi masalah ‘masuk angin’ serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan akan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan, dan terasa ditusu-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati Migrain, gejalanya seperti sakit kepala sebelah, tiba-tiba pening. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung dan terasa kenyang sebelum makan.
Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Mengatasi maag/gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
6. Meredakan sakit sendi
7. Hilang selera makan
8. Lemah tenaga batin
9. RheumatikKomposisi (75 Kapsul per botol) :1. Cinnamomum Iners
2. Vitex Pubescens
3. Micromelium Pubescens
4. Morinda Eliptica

Dos :Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Roselle


Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.
Khasiat herba Roselle :
1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.


Komposisi (75 Kapsul per botol) :Hibiscus Sabdariffa

Dos :Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Spirulina


Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan. Manfaat Spirulina adalah :
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan kanser
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada ginjal
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.


Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina

Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam

(baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau lanjut usia).

Ubat Gigi Herba


Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih. Antara kelebihan :
1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM
2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih
3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)
4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus
5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi
Dengan mengamalkan ubat gigi herba HPA, nafas akan menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.
Khasiat Daun Mambu.
Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.
Khasiat Bunga Cengkih.
Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.
Komposisi (200 gram per tiub) :
1. Azadirachta indica 2. Eugenia caryphyllata

Sunday, May 10, 2009

Coscinium Plus (Resdung/Alahan)


Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ atau alahan terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi. Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan.

Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan. Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’. Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.


Komposisi (75 Kapsul per botol) :1. Coscinumm Blumeanum 2. Nepenthe Spp 3. Rusiga SppDos :Umur bawah 8 tahun amalkan 1 kapsul. Boleh dibuka kapsul dan dimasukkan ke dalam air atau susu. Umur 9 hingga 18 tahun amalkan 2 kapsul malam dan 1 kapsul pagi. Minum bersama Teh Herba. Alahan yang kronik boleh diambil bersama Madu Asli. Untuk buasir diambil bersama Ficus dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Saturday, May 9, 2009

Radix Kapsul (Herba Tenaga)


Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair. Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat. Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.Komposisi (75 Kapsul per botol) :1. Ardisia Crispa
2. Cinnamomum Iners
3. Morinda Eliptica
4. Eurycoma Longifolia
5. Smilax Myositiflora
6. Alyxia Reinwardtii
7. Alyxia Indica
8. Freycinetia Malaccencis


Dos :2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi

Thursday, May 7, 2009

Khasiat Kopi Radix


1)Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang. Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

2)Demam Panas. Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
3)Ketumbuhan. Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
4)Radix Untuk Kaum Wanita. Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
5)Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi. Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
6)Kopi Radix Untuk Tenaga. Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).6. Halban (IMUNITI).7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Monday, May 4, 2009

Motto, Visi dan Misi HPA


.: Motto Syarikat :.

" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "

.: Visi Syarikat :.

1)HPAkomited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
2)HPAkomited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.
3)HPAkomited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

.: Misi Syarikat :.

1)HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbadan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.
2)HPAjuga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.
3)HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

Pengenalan HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang .